Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Koleksi Seni Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ialah kumpulan kelompok karya seni dan objek bersejarah didermakan sebagai hadiah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh negara anggotanya, persatuan, atau individu. Harta atau barang seni ini, kebanyakannya dalam bentuk “arca, seni lukis, dewangga dan mozek”, ialah wakil “seni negara” yang disimpan dan dipamerkan di dalam lingkungan Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Bandar Raya New York, Amerika Syarikat, dan stesen tugas yang lain, membuatkan PBB dan wilayah antarabangsanya sebuah "muzium kecil yang elok".[1][2]Negara anggota mengikuti protokol untuk memberi hadiah rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Tatacara, ucapan, dan majlis, seperti upacara membuka hadiah, dikendalikan dan dilaraskan ileh Perkhidmatan Protokol dan Perhubungan. Sebenar-benarnya, setiap negara anggota hanya boleh menghadiahkan satu pemberian, dan negara anggota bertanggungjawab untuk pemasangan artifak yang ditawarkan.[2][3][4]Hadiah rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu oleh negara anggotanya merupakan contoh unggul prinsip, kepentingan dan nilai PBB sebagai pertubuhan antarabangsa.[5]